Sukan Hari Ini

Skuad Harimau Kumbang akan buat rombakan

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) baharu pasukan Pulau Pinang, Bojan Hodak memaklumkan bahawa terdapat rombakan yang akan dilakukan ke atas skuad Harimau Kumbang membabitkan pemain tempatan.

Namun begitu, Hodak memaklumkan bahawa buat masa ini, pihaknya masih belum memastikan bilangan pemain yang terpaksa dilepaskan oleh pasukan berkenaan.

“Berdasarkan pemerhatian awal daripada beberapa perlawanan, saya mungkin akan berbincang dengan pihak pengurusan dan jika mereka bersetuju, ada beberapa pemain tempatan yang akan digugurkan.

“Situasi ini perlu diambil bagi memperkuatkan cabaran pasukan dalam menghadapi saingan Liga Super agar fokus untuk kita kekal mampu tercapai,” katanya seperti dipetik laman sesawang rasmi Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Hodak memaklumkan bahawa mana-mana pemain yang bakal dilepaskan akan dibayar dengan sejumlah pampasan tertentu bergantung kepada kesediaan pihak pengurusan dan beliau akan cuba mendapatkan pengganti yang sesuai.

Bagi pemilihan pemain import, Hodak memaklumkan bahawa beliau perlu menilai keempat-empat pemain sedia ada dalam pasukan sepanjang sesi latihan sebelum membuat keputusan.

“Saya rasa setakat ini tidak boleh bercakap apa-apa mengenai pemain import kerana mahu melihat sejauh mana kemampuan mereka.

“Perkara ini saya akan berbincang dengan pengurus pasukan merangkap ketua jurulatih baharu, Nenad Bacina dan pihak pengurusan, jika rasa memang perlu kita tukar, kita akan tukar. Jika tidak, saya rasa semua pemain import ini masih boleh beraksi,”katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");