Membawang Hari Ini

Darah manis, Haziq trauma kemalangan

KUALA LUMPUR : Penyampai radio Hot FM, Haziq, mengakui masih trauma mengingatkan kemalangan yang menimpa dirinya dan tunang, Ayunda Putri, 26, biarpun insiden ketika menuju Putrajaya itu berlaku seminggu lalu.

Haziq atau nama penuhnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, 26, berkata, selepas kejadian dia hanya memikirkan keadaan bakal isteri yang duduk di kerusi sebelah berbanding diri sendiri.

“Sejurus selepas kereta berhenti berpusing dan melanggar pokok sebanyak tiga kali, saya terus melihat Putri dan bertanyakan keadaannya. Walau menggigil, paling penting adalah keselamatan insan yang saya sayang. Syukur dia tidak mengalami sebarang kecederaan biarpun tampak terkejut.

“Kesan daripada kemalangan itu juga membuatkan saya masih trauma walaupun ia berlaku minggu lalu. Namun pada masa sama saya supaya lebih berhati-hati. Jika dulu, saya memandang lewa apabila orang bercerita mengenai darah manis, kini saya sendiri mengalaminya.

“Semakin hampir tarikh kahwin, semakin banyak dugaan dan cabaran yang datang. Ia mengingatkan saya untuk lebih menjaga tingkah laku bagi mengelakkan diri terpalit dengan sebarang perkara tidak diingini,” katanya yang bertunang dengan Putri pada Oktober tahun lalu.

Sementara itu, Haziq turut berkongsi persediaan meraikan hari pernikahan dengan gadis pilihannya yang berasal dari Medan, Indonesia itu pada 15 Julai ini.

Katanya, keluarga mereka sepakat untuk melaksanakan majlis pernikahan di Kuala Lumpur untuk memudahkan kenalan serta sanak-saudara menghadirinya.

“Persediaan perkahwinan sudah 60 peratus siap. Kami baharu saja menempah kad kahwin kerana sebelum ini masing-masing sibuk dengan tugas. Syukur keluarga banyak membantu kami membuat persiapan.

“Insya Allah pernikahan akan diadakan pada 15 Julai yang ‘jatuh’ pada 10 Syawal nanti manakala majlis resepsi keesokan harinya di lokasi sama. Semoga urusan kami dipermudahkan Allah. Jadi doakan semuanya berjalan lancar sehingga majlis berlangsung kelak,” katanya lagi.

Dalam kesibukan menguruskan hal berkaitan hari bahagianya. Haziq masih sempat menyudahkan penggambaran program Moreh di Kelantan yang bakal disiarkan setiap Ahad sepanjang Ramadan di TV3 bermula jam 6.30 petang.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/161731

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");