Isu Panas

Lipat gandakan penerangan

Sungai Besar: Barisan Nasional (BN) sudah menggerakkan jenteranya di semua 30 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam usaha meningkatkan jumlah pengundi dengan lebih berkesan.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya sudah mengklasifikasikan kekuatan dan kelemahan setiap PDM bagi memudahkan gerakan.

“Kita dah gerakkan secara kolektif komponen-komponen BN dengan lebih tersusun.

“Matlamat kita ialah meningkatkan jumlah pengundi yang memilih calon kita,” katanya pada sidang media di sini, malam tadi.

Noh yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) BN berkata, usaha memberi penerangan kepada rakyat akan dilipat gandakan sepanjang tempoh berkempen kali ini.

Dalam pada itu, katanya, isu-isu tempatan juga akan diberi penerangan selengkapnya kepada rakyat kawasan Parlimen ini supaya mereka bersama-sama menyokong BN.

PRK Parlimen Sungai Besar menyaksikan Budiman Mohd Zohdi daripada BN, Dr Abdul Rani Osman daripada PAS dan Azhar Abdul Shukor daripada Amanah yang mewakili Pakatan Harapan, akan bertanding bagi merebut kerusi berkenaan.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak, pada 5 Mei lalu.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");