Sukan Hari Ini

Dilarang jual tiket kepada samseng

Perancis: Persekutuan Bolasepak Croatia (HNS) dikenakan larangan menjual tiket kepada kumpulan penyokong samseng selain didenda 100,000 euro (RM457,000) selepas insiden kekacauan peminat mereka pada kejohanan Euro 2016.

Menurut Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), HNS didakwa dengan tuduhan mengganggu orang awam, menggunakan bunga api dan membaling suar ke dalam padang serta bersikap perkauman.

UEFA berkata, sekatan tiket itu dikenakan kepada penyokong yang dikenal pasti NHS dan pihak berkuasa Croatia sebagai samseng bola sepak dan tindakan berkenaan akan digunakan jika insiden seperti ini terus berlaku.

“Penggantungan ini hanya untuk tempoh percubaan sehingga tamatnya kejohanan ini,” kata UEFA dalam kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.

Masalah kekacauan berlaku pada perlawanan Kumpulan D Jumaat lalu, ketika menentang Republik Czech di St Etienne selama beberapa minit apabila peminat Croatia melemparkan suar ke padang dan bergaduh sesama mereka.

Lebih 12 suar dan pelbagai objek lain dilemparkan ke dalam padang berdekatan barisan polis rusuhan yang dikerahkan ke bahagian depan tempat duduk penyokong Croatia.

Kekecohan berlaku pada minit-minit akhir ketika Croatia mendahului 2-1 sebelum perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Persatuan Bolasepak Croatia yang digantung tiga kali ketika pusingan kelayakan, sudah berdepan dengan pendengaran tatatertib Selasa lalu selepas penyokong mereka membaling suar dan meluru masuk ke padang ketika aksi pembukaan pusingan akhir pasukan itu menentang Turki di Paris. – Reuters/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");