Membawang Hari Ini

Izzy seronok berlakon

Aktif berlakon sejak berusia enam tahun, Izzy Reef mengakui bidang lakonan semakin sebati dengan jiwanya.

Sering menjayakan watak berat, Izzy atau nama sebenarnya, Izzy Zulkhazreef Zulkefli, 16, berkata, lakonan akan menjadi sumber pendapatan tetapnya satu hari nanti.

“Saya akui ketika awal pembabitan saya tidak suka kerjaya ini kerana perlu menunggu lama setiap kali menghadiri uji bakat.

“Maklumlah ketika itu masih kecil, mana boleh bersabar dan mudah berasa bosan.

“Lama-kelamaan rasa seronok pula kerana apabila orang sudah mula nampak bakat saya, tak perlu ambil masa lama untuk beraksi depan kamera,” katanya.

Bakal membintangi filem KL Special Force arahan Syafiq Yusof, Izzy ternyata teruja berpeluang menghidupkan karakter remaja liar yang terbabit dengan pelbagai jenayah.

“Saya tiada masalah melakonkan watak berat. Mungkin kerana sudah biasa bawa watak sebegini sejak kecil.

“Lagipun ini filem keenam saya. Insya-Allah dengan pengalaman yang ada, saya yakin dapat galas amanah ini dengan sebaik mungkin.

“Paling mencabar setakat ini watak remaja austism dalam filem Redha. Saya berlatih selama tiga bulan dan berusaha mendalami kehidupan golongan autisme untuk memahami kehidupan mereka,” kata pelakon drama Hujan ini.

Masih terikat dengan komitmen sebagai pelajar, Izzy akan lebih fokus menelaah pelajaran memandangkan akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan.

“Banyak juga tawaran pelakon yang saya terima tahun ini. Saya mahu timba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin kerana mahu terbabit dengan kerja belakang tabir satu hari nanti.

“Bagaimanapun, saya tidak mengabaikan pelajaran. Bagi saya pendidikan sangat penting dan akan menumpukan sepenuh perhatian tahun depan. Saya mahu berjaya dalam pelajaran dan juga karier lakonan,” katanya yang mengagumi sutradara Bade Azmi dan Along Kamaludin.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");