Jenayah

Empat kilang, sebuah bengkel hangus

Klang: Empat kilang dan sebuah bengkel lori di Jalan Sellathevan, Batu 4 Kampung Jawa di sini, musnah dalam kebakaran bermula kira-kira jam 9.40 malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan awam mengenai kebakaran itu yang pada awalnya hanya membabitkan sebuah kilang papan.

“Seramai 58 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba Shah Alam, Andalas, Pelabuhan Klang, Kota Raja, Sungai Pinang dan Subang dikerah memadam kebakaran itu.

“Pemeriksaan mendapati api di premis itu merebak ke tiga kilang berdekatan dan juga sebuah bengkel lori. Kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.30 pagi tadi dan operasi pemadaman sepenuhnya masih sedang dijalankan,” katanya.

Menurut beliau, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini, manakala punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Kebakaran itu turut membabitkan kilang plastik, kilang perabot dan kilang kejuruteraan.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");