Sukan Hari Ini

‘Klinsmann sesuai latih England’

BEKAS pertahanan England, Jamie Carragher meminta FA England mengambil Jurgen Klinsmann sebagai pengendali The Three Lions pada masa depan.

Carragher meminta panel pemilihan terdiri Dan Ashworth dan David Gill melantik Klinsmann berdasarkan prestasi dan rekod semasa bekas tonggak Jerman itu bersama Amerika Syarikat.

“Saya secara peribadi memang mahu memilih tenaga tempatan berbanding orang luar, tetapi kita tidak boleh merungut jika FA memilih jurulatih asing.

“Saya cadangkan FA melantik Jurgen Klinsmann yang berjaya bawa Jerman ke Piala Dunia dan Amerika Syarikat ke separuh akhir Copa America,” katanya.

Dalam pada itu, Carragher mengkritik pemain Three Lions dan menganggap mereka terlalu lembut seperti bayi selepas dimalukan Iceland.

“Terlalu lembut. Itu sahaja saya dapat ungkapkan mengenai kekalahan England kepada Iceland.

“Saya tidak menuding jaring kepada sesiapa. Tetapi para pemain gagal menggalas tanggungjawab mereka buat England,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");