Sukan Hari Ini

Euro 2016: Payet sedia ledak

BINTANG West Ham United, Dimitri Payet sedia meledak dalam setiap sepakan percuma di saingan Euro 2016 selepas membantu Perancis menang ke atas Cameroon 3-2 dalam aksi persahabatan di Stade de la Beaujoire, awal pagi semalam.

Keyakinan itu diperoleh Payet selepas menyempurnakan sepakan percuma cantik seterusnya mencipta gol kemenangan buat Perancis dalam perlawanan tersebut.

“Apabila anda menjaringkan satu gol, peminat sudah pasti mahu anda terus menjaringkan gol. Dan itu yang saya akan cuba lakukan di Euro nanti,” katanya.

Reputasi Payet sebagai pakar sepakan percuma semakin digeruni selepas beberapa gol cantik dihasilkan pemain berusia 29 tahun itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris bersama The Hammers.

“Dalam setiap perlawanan di Euro, saya harap jurulatih akan memberikan tugas mengambil sepakan percuma kepada saya dan saya akan cuba lakukan sesuatu melalui tendangan percuma tersebut,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");