Sukan Hari Ini

Iceland buat kejutan, Itali kalahkan Sepanyol

PASUKAN kerdil Iceland berjaya membuat kejutan awal pagi tadi dengan mengalahkan England 2-1, sekaligus mara ke peringkat suku akhir Euro 2016.

Gol Iceland hasil jaringan Ragnar Sigurdsson dan Kolbeinn Sigthorsson selepas England mendahului hasil jaringan ketua pasukan Wayne Rooney.

Dalam satu lagi perlawanan, Itali berjaya mengalahkan penyandang juara Sepanyol 2-0 hasil jaringan Giergio Chiellini pada separuh masa pertama dan jaringan Graziano Pelle di hujung perlawanan.

Kejutan ini menyaksikan England dan Sepanyol terpaksa pulang awal sebelum aksi peringkat suku akhir.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");