Sukan Hari Ini

‘Ini bukan Timor Leste 10 tahun lalu’

Johor Bahru: “Saya rasa, pasukan mereka (Timor Leste) setara dengan kita, dengan pemain naturalisasi. Seperti saya cakap ini perlawanan yang sukar. Ini bukan Timor Leste 10 tahun lalu. Mereka sepenuhnya pasukan yang berbeza sekarang.”

Begitulah kata jurulatih Skuad Kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee menjelang pertemuan Malaysia-Timor Leste pada perlawanan Play-Off kelayakan Piala Asia 2019 di Larkin, esok.

“Saya tidak melihat terlalu banyak perbezaan. Seperti saya katakan ia (perlawanan) akan menjadi begitu sengit tetapi sudah tentunya kita perlu mempamerkan sehabis baik,” katanya.

Kim Swee mengingatkan supaya anak buahnya bermain dengan baik dan mengikut arahan ditetapkan menjelang pertemuan Malaysia-Timor Leste pada perlawanan Play-Off kelayakan Piala Asia 2019 di Larkin, esok.

“Jika pemain bermain dengan baik , mengikuti arahan, sudah tentunya kita boleh menjaringkan gol. Jika kita berhenti mencuba sudah tentu kita tidak akan dapat gol.

“Esok kita buat apa yang sebolehnya kita mampu, terutamanya bermain di tempat sendiri di mana gol sangat penting,” katanya pada sidang media pra perlawanan di di bandaraya ini, hari ini.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");