Panasnya Hari Ini

Insiden Di Istanbul: Tiada Laporan Kemalangan Jiwa Libat Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR:Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan tidak ada rakyat Malaysia yang terlibat dalam tragedi di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul awal pagi tadi.

“Setakat ini, tidak ada sebarang laporan mengenai sebarang kemalangan jiwa melibatkan rakyat Malaysia tetapi Kementerian Luar akan terus memantau keadaan dengan teliti,” katanya.

Beliau terdahulu turut melahirkan rasa sedih dan terkejut mengenai insiden yang berlaku menerusi akaun Facebooknya sebentar tadi dan menasihati semua pihak supaya mengukuh dan menguatkan kerjasama perisikan dalam usaha memerangi keganasan.

Beliau juga turut menyifatkan tragedi tersebut sebagai insiden menyayat hati.

“Saya ucapkan takziah ke atas keluarga dan rakan mangsa terlibat dalam insiden yang berlaku di lapangan terbang negara itu hari ini.

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya ke atas serangan yang berlaku di sana. Pihak kami sedia bersatu dan bekerjasama dengan semua negara untuk memerangi keganasan,” katanya.

Terdahulu dalam kejadian tersebut, sekurang-kurangnya 32 terbunuh manakala 88 yang lain cedera dalam satu serangan berani mati yang berlaku di Lapangan Terbang Atatark di Turki, hari ini.

Bagaimanapun,belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");