Jenayah

Wanita ditemui mati dibunuh

TAIPING – Seorang wanita mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Kota Jaya, Simpang, di sini, kelmarin.

Mangsa berusia 49 tahun ditemui suami dan anaknya kira-kira jam 4 petang di sebuah bilik di tingkat atas rumah berkenaan yang dalam proses untuk disewakan.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, ketika ditemui, mangsa cedera parah di kepala sebelum dibawa ke hospital oleh suaminya untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

“Hasil siasatan awal, terdapat kesan lebam dan pendarahan di bahagian kepala, namun belum dapat dipastikan, senjata apa yang digunakan.

“Laporan bedah siasat menunjukkan, mangsa meninggal dunia berpunca daripada kelemasan udara akibat tekupan,” katanya.

Beliau berkata, polis masih menyiasat motif pembunuhan dan kemungkinan lain yang boleh mengaitkan dengan kematian mangsa.

“Setakat ini belum ada sebarang tangkapan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");