Sukan Hari Ini

Kasma berguru di Jepun

PELUMBA muda berbakat, Kasma Daniel Kasmayudin menjalani latihan khas bersama Yamaha Japan sebagai persediaan menghadapi perlumbaan Asia Production 250cc Pusingan Ketiga Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Suzuka, Jepun bermula esok hingga hingga 5 Jun ini.

Pelumba berusia 16 tahun itu terbang ke Suzuka pada pertengahan Mei lalu untuk menerima latihan intensif di Litar Suzuka di bawah kendalian jurulatih dari Yamaha Japan, Nobuyuki Ozaki.

“Bukan mudah untuk menerima peluang seperti ini. Peluang menjalani latihan di litar Suzuka ini sangat berharga. Atas bantuan dan tunjuk ajar daripada Ozaki, prestasi saya menunjukkan sedikit peningkatan selain dapat membantu meningkatkan keupayaan jentera,” jelas Kasma.

Kasma perlu mempertingkatkan aksi bagi menghadapi cabaran sengit Kelas Asia Production 250cc.

Dia berjaya menamatkan perlumbaan musim 2015 tangga keenam keseluruhan, namun sekadar di tangga kesembilan selepas dua pusingan musim ini.

“Persaingan dalam Kelas 250cc ini amat sengit, perlukan kekuatan fizikal terutama untuk berdepan aksi agresif pelumba lain khususnya pelumba Thailand.

“Tidak seperti pelumba Jepun yang boleh atur strategi bersama mereka kerana ramai antara mereka di kelompok depan manakala barisan pelumba Malaysia pula tidak ramai yang berada di kelompok depan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");