Perak Hari Ini

MB Perak Agih Sumbangan Ramadan Kepada Masjid, Surau Di Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR : Sebanyak 24 buah masjid dan 80 buah surau di Parlimen Kuala Kangsar menerima sumbangan berbentuk wang tunai yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Dewan Orang Ramai Bukit Kerajaan, hari ini.

Setiap masjid menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM1,000 manakala surau menerima sebanyak RM500 di Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan.

ADUN Manong, Mohamad Kamil Shafie berkata, program tersebut merupakan program yang diadakan setiap tahun semenjak bekas penyandangnya, Datuk Wan Mohamad Khair-il Anuar Wan Ahmad menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

“Dengan pemergian beliau, pihak kami bertanggungjawab untuk meneruskan program ini dan kepada Menteri Besar Perak, kami mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana telah menyampaikan sumbangan ini.

1 (13)

“Sumbangan ini diberikan kepada pengerusi masjid dan surau dan ianya akan digunakan untuk program berbuka puasa atau moreh,”katanya ketika ditemui selepas majlis berkenaan.

Turut hadir ke majlis berkenaan ialah keempat-empat anak Allahyarham Wan Khair-il Anuar.

Ujarnya lagi, pihaknya juga akan turut bersama-sama dengan kariah masjid dan surau sepanjang Ramadan ini.

“Tetapi kali ini sedikit berbeza kerana kita ada Pilihan Raya Kecil (PRK), banyak agensi-agensi akan turut menganjurkan program berbuka puasa jadi kita akan selaraskan.

“Akan ada juga majlis-majlis berbuka puasa yang akan turut dihadiri oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Raja Muda Perak dan Raja Di Hilir,”katanya.

Katanya lagi, dalam setiap majlis berbuka puasa itu juga, pihaknya akan turut mengagihkan sumbangan kepada golongan fakir miskin, warga emas dan mereka yang layak menerima sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan atau barang makanan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");