Panasnya Hari Ini

Kenyataan Nik Abduh Mengecewakan AMANAH

KUALA LUMPUR : Kenyataan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berhubung dakwaan DAP ‘memberi arak’ kepada sesetengah bekas ahli PAS sehingga tertubuhnya Parti Amanah Negara (AMANAH) sangat mengecewakan.

Pengerusi AMANAH Terengganu, Raja Bahrin Shah berkata, Nik Abduh tidak seharusnya membuat kenyataan tersebut memandangkan majoriti ahli AMANAH adalah beragama Islam.

“Istilah ‘memberi arak’ dan ‘mabuk’ memberi gambaran seolah-olah kami (AMANAH) dihukum berakhlak rendah dan tidak bermoral.

“Walaupun kata-kata itu dikeluarkan atas rasa marah kepada DAP, ianya tidak harus dikeluarkan dalam cara itu. Apatah lagi kita sudah berada di ambang bulan Ramadan yang mulia di mana tutur kata lidah patut dipelihara,”ujarnya, lapor Free Malaysia Today.

Berikutan itu, beliau menasihatkan agar Nik Abduh dapat menjaga nama baik ayahnya yang juga bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Menjelang Ramadan yang mulia, pimpinan tertinggi yang berpendidikan agama, tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata tidak sopan sesama Islam.

“Kalau Nik Abduh tidak berhasrat menghormati kami rakan sesama Islam dan Melayu dari AMANAH, sekurang-kurangnya peliharalah nama baik ayahanda Nik Aziz yang merupakan seorang ulama dan negarawan yang banyak menunjukkan contoh pekerti dan akhlak yang amat mulia,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");