Perak Hari Ini

Perubahan PDM Bukan Masalah Buat BN

KUALA KANGSAR : Perubahan Pusat Daerah Mengundi (PDM) tidak memberi masalah kepada Barisan Nasional (BN) kerana parti itu sudah mengenalpasti senarai bakal pengundi yang akan mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Maslim Sham Razman berkata, BN sudah menggerakkan jenteranya untuk mengesahkan semula tentang PDM bagi pengundi parti itu.

“Bila sebarang perubahan berlaku, kita telah menggerakkan barisan Wania untuk memaklumkan tentang perkara itu.

“Ini bukan satu halangan kepada kita kerana kita mengenali setiap orang yang akan mengundi ini. Kita sudah bekerja dan saat keluar senarai pengundi dan PDM mereka, kita akan maklumkan.

“Kita ada strategi yang akan kita gunakan iaitu templat yang sama seperti yang BN gunakan di Teluk Intan,”ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan, Dewan Orang Ramai Bukit Kerajaan, hari ini.

Ujarnya lagi, BN akan memastikan tidak ada sebarang keciciran dari segi pengundi-pengundi yang dikatakan sebagai pengundi tegas parti itu.

Terdahulu, PRK Kuala Kangsar diadakan selepas penyandangnya, Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Turut terkorban ialah Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon.

Kedua-dua PRK tersebut bakal diadakan pada 18 Jun ini manakala hari penamaan calon pula ditetapkan pada 5 Jun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");