Jenayah

Kereta terbabas masuk gaung

JANDA BAIK – Empat termasuk seorang bayi berusia tujuh bulan nyaris maut selepas kenderaan yang dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Kilometer 1, Jalan Bukit Tinggi-Janda Baik di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu dan penumpang dalam perjalanan pulang menuju ke Puchong setelah selesai menghadiri satu program hari keluarga di Janda Baik.

“Setibanya di tempat kejadian, dalam keadaan menuruni bukit, pemandu menekan brek untuk perlahankan kenderaan namun brek gagal berfungsi lalu terbabas ke kanan jalan dan masuk ke dalam gaung.

“Mereka jatuh ke dalam gaung sehingga mencecah hampir 20 meter, kereta mereka rosak teruk di bahagian hadapan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, semalam.

Mansor berkata, akibat kemalangan itu, pemandu kenderaan dan penumpang hadapan yang dikenali sebagai Zaimah Hanum Abdul Hamid, 31, cedera parah di bahagian rusuk manakala dua penumpang belakang termasuk seorang bayi hanya mengalami cedera ringan.

Menurutnya, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan susulan.

Tambahnya, hasil siasatan mendapati keadaan jalan selekoh dan kering, sementara cuaca cerah ketika kejadian.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih lagi diteruskan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");