Sukan Hari Ini

Konate, Maiga terlepas aksi perlawanan amal

KUALA TERENGGANU: Makan Konate dan Abdoulaye Youssouf Maiga terlepas beraksi dalam perlawanan amal dengan Sabah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Dua pemain import kelahiran Mali itu belum tiba di negara ini kerana proses mendapatkan surat kesihatan dari negaranya masih belum selesai.

Penolong jurulatih TFCII, Mohd Azhari Salim, berkata pemain yang beraksi di posisi tengah dan pertahanan The Titans itu memang berada dalam perancangan berdepan pasukan yang beraksi dalam Liga Perdana.

Begitupun, katanya ketua jurulatih, Rahmad Darmawan hanya akan menggunakan dua awang import, Patrick Dos Santos dan Dilshod Sharofetdinov dalam perlawanan malam ini.

“Konate dan Youssouf Maiga masih belum tiba di negara ini. Jadi, mereka terlepas beraksi untuk perlawanan amal yang berlangsung malam ini.

“Ketiadaan dua pemain import tidak menjejaskan persiapan kerana pemain tempatan seperti Marzuki Yusof mengambil alih tempat Youssouf Maiga manakala kita memiliki ramai pilihan untuk posisi tengah,” katanya hari ini.

Konate dan Youssouf Maiga dilaporkan sudah tiba di Malaysia, namun tidak dibenarkan masuk ke negara ini selepas gagal menunjukkan surat kesihatan dari negara asalnya, Mali.

Mengulas perlawanan malam ini, Mohd Azhari berkata, pihaknya mengharapkan penyokong datang beramai-ramai kerana tiket RM5 yang dikenakan akan didermakan kepada rumah yatim.

“Perlawanan amal ini bagi membantu golongan yang memerlukan dan kutipan tiket akan disampaikan terus kepada wakil rumah anak yatim malam ini,” katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/167778

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");