Berita Hari Ini

Shafie dilantik Komander Briged Tengah PGA

KUALA LUMPUR: Senior Asisten Komisioner Shafie Ismail dilantik sebagai Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) menggantikan Datuk Mohd Rodzi Ismail yang bersara wajib mulai lusa.

Majlis serah tugas antara Mohd Rodzi dan Shafie berlangsung di Dewan Perdana Briged Tengah PGA di sini, hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (PGA), Datuk Azman Yusof, hadir menyaksikan upacara itu mewakili Pengarah KDNKA Bukit Aman, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah KDNKA (Kepolisan Am), Datuk Amer Awal. Shafie yang menjadi Ketua Polis Perlis sebelum ini, pernah menjadi Komandan Maktab Polis Kuala Kubu Bharu dan Ketua Polis Daerah Sibu.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");