Jenayah

Lelaki maut dirempuh keretapi

MACHANG – Seorang lelaki maut dirempuh keretapi dalam kemalangan di Kampung Chekok, dekat Temangan, di sini, kira-kira jam 8.30 malam, semalam.

Wan Ahmad Shamlei Wan Ali, 34, maut di tempat kejadian selepas diseret kira-kira 600 meter akibat kemalangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Abdul Ghani berkata, mangsa mengalami kecederaan teruk di keseluruhan badan termasuk putus pergelangan kaki kanan.

“Mangsa dipercayai duduk di tepi landasan sebelum dilanggar sebuah keretapi dari arah Gua Musang ke Tumpat.

“Mayat mangsa yang beralamat di Kampung Padang itu dihantar ke Hospital Machang untuk dibedah siasat,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");