Panasnya Hari Ini

Polis Tanya 37 Soalan Kepada Tun M

KUALA LUMPUR : Sebanyak 37 soalan dikemukakan oleh pihak polis kepada Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang mendakwa bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu berada di bawah ‘tahanan rumah’.

Peguam Tun Mahathir, Ahmad Bazlan Che Kasim berkata, bekas Perdana Menteri itu telah menjawab semua soalan yang dikemukakan oleh pihak polis.

Tun Mahathir disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Kes tersebut juga boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan memfitnah.

“Persoalan hari ini berkisar mengenai satu laporan yang dibuat seorang lelaki ketika menghadiri satu acara di Villa Subang dan Tun Mahathir disiasat mengenai kenyataan beliau Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu berada di bawah ‘tahanan rumah’.

“Sejumlah 37 soalan dikemukakan kepada Tun Mahathir dan beliau memberi respons kepada semua soalan,”ujarnya, lapor Free Malaysia Today.

Terdahulu, Tun Mahathir membuat kenyataan tersebut berikutan beliau tidak dapat bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan 1.2 juta tandatangan yang dikumpulkan menerusi Deklarasi Rakyat.

“Setakat ini saya tak dapat bertemu dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana kemungkinan baginda juga berada dalam keadaan ‘house arrest’ (tahanan rumah),”ujarnya.

Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri itu bersama-sama dengan pemimpin pembangkang dan NGO bertujuan untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Ahmad Bazlan berkata, Tun Mahathir disoal siasat selama 30 minit iaitu daripada jam 3.20 petang hingga 3.50 petang oleh empat pegawai polis.

“Sebahagian besar soalan yang ditanya ialah mengenai Deklarasi Rakyat.

“Soal siasat hari ini berjalan dengan baik. Untuk hari ini, soal siasat selesai. Ini kali ketiga Tun Mahathir disiasat polis,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");