Jenayah

Lembu dirempuh kereta api

Jerantut: Lembu dirempuh lalu terperosok di bawah kereta api khas rombongan lawatan kerja Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar bersama kira-kira 90 penumpang di landasan Kuala Krau-Jerantut, di sini, hari ini.

Kejadian 2.30 petang itu tidak melibatkan sebarang kemalangan dan kecederaan kepada mana-mana penumpang.

Difahamkan anak lembu itu melintasi landasan berkenaan ketika kereta api sedang bergerak laju namun disebabkan faktor keselamatan, brek kecemasan tidak boleh dilakukan serta-merta.

Usaha mengeluarkan anak lembu yang mengambil masa kira-kira 15 minit itu dilakukan oleh lima petugas SPAD dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang turut berada di dalam kereta api berkenaan.

Sementara itu, Syed Hamid ketika ditemui mengesahkan kejadian itu memaklumkan semua penumpang terkawal dan perkhidmatan pengangkutan awam itu masih selamat digunakan.

Rombongan itu adalah lawatan kerja Pengerusi SPAD ke laluan keretapi Pantai Timur Gua Musang-Kemubu bersama petugas SPAD, KTMB dan beberapa petugas media bagi melawat tapak landasan itu yang dilanda banjir Disember 2014 lalu.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");