Panasnya Hari Ini

RUU : ‘Kalau Tak Sokong Tak Apa, Diam-Diam Sahaja’

KUALA LUMPUR : Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfudz Mohamed mengharapkan agar Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang dibentangkan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mendapat sokongan orang Islam terutama di kalangan Ahli Parlimen.

“Bukan Islam kalau sokong lagi bagus, kalau tak sokong tak apa, diam-diam sahaja.

“Itu hal orang Islam, tiada kaitan dengan orang bukan Islam,”katanya, lapor mstar.

Katanya lagi, parti Islam itu juga turut mempunyai perancangan untuk mengadakan program jelajah bagi memberikan penjelasan dan pemahaman mengenai RUU tersebut ke seluruh negara.

“Kita mengusulkan kepada PAS Pusat untuk mewujudkan pasukan petugas untuk memberi penjelasan seluas-luasnya kepada masyarakat baik yang Islam mahupun bukan Islam.

“Jadi kita tunggu sahajalah sama ada usul kita itu diterima atau tidak oleh PAS Pusat,”ujarnya.

Terdahulu, pada 26 Mei lalu, Abdul Hadi membentangkan RUU Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Abdul Hadi yang merupakan Ahli Parlimen Marang kemudiannya meminta agar usul itu dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");