Sukan Hari Ini

Lima kali jersi koyak

MESKIPUN perlawanan Perancis dan Switzerland awal pagi semalam gagal menghasilkan sebarang gol, namun wujud situasi yang lebih menarik di sebaliknya.

Perlawanan antara keduadua pasukan boleh disifatkan agak kasar dan agresif sehingga terjadinya insiden bola pecah dan jersi pemain Switzerland koyak.

Dalam perlawanan itu jersi yang dipakai Admir Mehmedi, Breel Embolo, Blerim Dzemaili, dan Granit Xhaka koyak ditarik pemain Perancis.

Dan lebih menghairankan, Xhaka terpaksa menukar jersinya dua kali apabila kedua- dua jersinya juga koyak ditarik.

Selain itu, bola rasmi yang digunakan dalam perlawanan Euro juga pecah akibat dipijak Valon Behrami.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");