Perak Hari Ini

Mastura Bukan ‘Orang Baru’ Di Kuala Kangsar

IPOH: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan bahawa calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid bukannya ‘orang baru’ di kawasan itu.

Sebaliknya, beliau sentiasa menemani arwah suaminya, bekas Ahli parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad bergaul dengan penduduk Kuala Kangar.

“Mastura ini bukan orang baru, mungkin ada tuduhan bahawa beliau orang luar kerana dilahirkan di luar Perak tetapi beliau telah berkahwin dengan orang Kuala Kangsar.

“Beliau sentiasa bersama suaminya di sini dan bergaul dengan penduduk di kawasan itu. Beliau bukan asing dengan penduduk Kuala Kangsar,” katanya dalam satu sidang media di Ipoh di sini hari ini.

Tegasnya, Mastura adalah calon terbaik yang dikemukakan bagi meneruskan tugas yang ditinggalkan oleh Allahyarham suaminya.

Jelasnya lagi, pihak pimpinan telah membuat keputusan berkaitan dengan calon berdasarkan kepada kriteria dan penilaian yang dibuat dan bukan hanya berdasarkan keputusan seorang individu.

“Atas dasar itu akhirnya pihak pimpinan membuat keputusan perlu ada seorang menjadi wakil daripada beberapa orang yang dikemukakan.

“Soal sama ada dia seorang lelaki atau perempuan, dia ahli atau bukan ahli di situ, paling penting orang yang berada di kawasan itu mengenali beliau,” katanya.

Sementara itu, Zamry enggan mengulas sama ada usul pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Syariah yang hebat diperkatakan kini bakal menjejaskan PRK di Kuala Kangsar.

“Biar ia dibincangkan di peringkat Dewan Rakyat kita tidak fikir soal rang undang-undang ini akan beri kesan atau tidak.

“Paling utama ialah PRK di Kuala Kangsar kita mempunyai isu yang berkaitan dengan kawasan juga isu lebih kepada kesinambungan perkhidmatan yang perlu diberi kepada rakyat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");