Jenayah

Mayat ditemui di sebalik kiambang

KLEBANG – Penduduk di Taman Klebang Besar dan kawasan sekitar Jeti Nelayan Klebang Besar, di sini gempar dengan penemuan mayat seorang wanita berpakaian lengkap di Muara Sungai Klebang, di sini, semalam.

Mayat Boke Yoke Moi, 40, yang berpakaian lengkap ditemui dalam keadaan terapung dan terlangkup di sebalik kiambang oleh seorang lelaki berusia 40-an kira-kira jam 9.30 pagi.

Difahamkan, lelaki tersebut yang hendak menghantar surat ke kapal di laut ternampak mayat tersebut berhampiran bot yang mahu dinaikinya sebelum memaklumkan rakannya juga seorang nelayan.

Nelayan, Ali Dolmat, 58, berkata, dia meminta anaknya menghubungi balai polis berhampiran sebaik sahaja diberitahu rakannya mengenai penemuan mayat berkenaan.

“Kawan cakap dia nampak mayat lepas kiambang yang menutupi badan mayat pada mulanya di kawasan itu bergerak mengikut arus air.

“Dia panggil saya dan saya tengok satu mayat seperti perempuan sebab ada sanggul macam rambut diikat. Saya terus minta anak telefon polis, “ katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut sumber, Yoke Moi yang menetap di Duyong sudah 10 tahun mengalami kemurungan dan kali terakhir menghubungi ahli keluarga melalui telefon bimbit kira-kira jam 10.30 malam kelmarin sebelum suaminya membuat laporan polis selepas beberapa jam tidak pulang ke rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adziz Shaikh Abdullah berkata, mayat wanita berbadan gempal itu dipercayai mati lebih empat jam sebelum ditemui orang awam.

“Siasatan masih diteruskan dan belum boleh dipastikan sama ada penemuan mayat wanita yang berpakaian lengkap berseluar pendek dan berbaju T itu boleh dikaitkan dengan jenayah atau tidak.

“Bagaimanapun, setakat ini kes diklafikasikan sebagai mati mengejut dan mayat akan dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");