Isu Panas

Mastura doa perjuangan diterima, diberkati

BANDAR KUALA KANGSAR – Calon BN bagi Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid selalu berdoa meminta perjuangannya menyambung legasi arwah suaminya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad diterima dan diberkati.

Rahsia itu dikongsi anak sulung beliau, Wan Emir Astar ketika menyampaikan amanat pertama ibunya, malam kelmarin.

“Saya mohon, doakanlah ibu saya kerana beliau amat memerlukan sokongan daripada semua penduduk terutamanya wanita dan ibu tunggal yang memahami apa yang dilaluinya kini.

“Setiap malam, kami anak-anak menyaksikan sendiri bagaimana ibu bergenang air mata memohon doa kepada Pencipta agar dipermudahkan jalan untuk beliau meneruskan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar, sekiranya menang,” katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan lebih 500 orang ibu tunggal dalam program Ramah Mesra Bersama Ibu Tunggal Kuala Kangsar sempena Jelajah Konvoi Turun Padang Bantu Rakyat di sini.

Menurutnya, pemilihan ibunya sebagai calon merupakan ketentuan ALLAH dan sebagai anak, mereka amat mengharapkan sokongan tidak berbelah bahagi daripada semua pihak.

“Ibu-ibu yang disayangi, ibu kesayangan kami hanyalah meneruskan sisa perjuangan yang ditinggalkan oleh arwah bapa kami yang pada kami cukup istimewa di hati kami.

“Sekiranya kemenangan ini tercapai, maka inilah peluang untuk ibu kami untuk mendekati kesemua masyarakat di Kuala Kangsar.

“Seterusnya, ibu kami boleh meneruskan legasi dan menyambung amanah bapa kami sewaktu beliau masih hidup,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");