Perak Hari Ini

Maut, Kereta Bertembung Lori

SITIAWAN: Seorang lelaki berusia sekitar 40-an maut setelah kenderaan yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian kemalangan yang berlaku pagi tadi.

Menurut sumber Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat, kejadian berlaku di menghala Jalan Lekir ke Sitiawan sekitar jam 6.04 pagi tadi.

“Berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori dua tan dengan sebuah kereta jenis Proton Saga Aeroback,” kata sumber.

Tambah sumber, mangsa lelaki maut di lokasi kejadian.

Pihak penyelamat telah bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dan diserahkan kepada pihak Polis.

Operasi tamat sekitar jam 7.25 pagi tadi yang diketuai oleh PBK Mustapa Ismail.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");