Isu Panas

Percubaan pertama Amanah berjaya

SHAH ALAM – Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim berpendapat, kekalahan Parti Amanah Negara (Amanah) petunjuk parti itu perlu bergerak lebih agresif.

Katanya, ia juga menunjukkan bukti parti tersebut mampu dan memiliki kekuatan tersendiri.

“Terbukti kami berkemampuan untuk memenangi hati rakyat.

“Malah, ia turut menjadi batu loncatan kepada Pakatan Harapan untuk menghadapi PRU akan datang,” katanya.

Malah menurutnya, kesepaduan juga sudah mula wujud dalam kalangan Pakatan Harapan.

“Dalam kawasan luar bandar begini, Amanah yang baru bertapak ini boleh dianggap berjaya dalam percubaan pertama menentang BN.

“Kekalahan tersebut juga mesej kepada Pas supaya merancang kembali strategi dan ambil iktibar dengan melakukan langkah-langkah yang perlu seperti kembali ke meja rundingan bersama Pakatan Harapan kerana dapat dilihat Pas tak dapat sokongan daripada pengundi bukan Melayu.

“Perpecahan undi bukan punca BN menang besar. Tapi, kerana keupayaan BN dari pelbagai sudut dalam usaha menarik pengundi berbanding Amanah yang masih baharu dan tidak ada peruntukan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");