Jenayah

Maut tergelincir dalam kolam

Bahau: Seorang wanita ditemui mati lemas dalam kolam di padang sebuah kelab golf di sini, pagi tadi.

S Sumathi, 23, dipercayai tergelincir dalam kolam berkenaan pada jam 10 malam tadi sebelum ibu saudara mangsa menghubungi bomba meminta bantuan mencari mangsa.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau A Gunaselan berkata, pihaknya menerima maklumat kehilangan mangsa di kawasan kolam itu pada jam 10.18 malam tadi dan lapan anggota terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Keadaan gelap menyebabkan gerakan mencari mangsa yang turut dibantu anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) tidak dapat dilakukan sebelum diteruskan jam 5 pagi.

“Mayat mangsa ditemui di dasar kolam sedalam 1.7 meter pada jam 6.25 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, ibu saudara mangsa, M Angarnah, 54, melaporkan kehilangan mangsa di Balai Polis Bahau, jam 10.15 malam tadi.

Menurutnya, anggota polis yang menyiasat di tempat kejadian menemui sebuah motosikal milik mangsa, selipar dan sebilah pisau berhampiran kolam berkenaan.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");