Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Disaran Buat Rayuan

KUALA LUMPUR:Ahli MT UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi memberi saranan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan rayuan kepada Lembaga Disiplin berhubung keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang memecatnya daripada parti.

Memetik sumber Harian Metro, jika Muhyiddin sebagai pemimpin yang pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO mengambil langkah itu, beliau akan lebih dihormati rakyat.

“Nasihat saya pada Tan Sri (Muhyiddin), elok merayu masuk balik UMNO dan habiskan sejarah politik dalam UMNO, sebab dia sendiri kata UMNO adalah darah dagingnya.

“Ini adalah proses, jika ahli biasa pun boleh merayu, apatah lagi beliau (Muhyiddin) sebagai pemimpin politik senior. Lebih baik dia merayu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis berbuka puasa Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Pahang, di Kuantan, kelmarin.

Beliau turut menyifatkan Ahli Parlimen Pagoh itu  masih teragak-agak sama ada untuk menyertai parti pembangkang atau menubuhkan parti baharu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");