Sukan Hari Ini

‘Saya belum mahu bersara lagi’

WAYNEY Rooney mengakui terpukul dengan kekalahan England kepada sebuah negara kecil di pusingan kalah mati 2016.

Dengan kekalahan ini, ia menyaksikan Roy Hodgson mengundurkan diri sebagai pelatih England, namun Rooney mengakui belum mahu bersara daripada skuad kebangsaan sebaliknya akan terus menggalas tugas selaku ketua The Three Lions mengharungi kempen pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 Rusia.

“Memang sungguh mengecewakan dengan keputusan malam ini, tetapi saya bangga dapat bermain untuk England.

“Saya masih ternanti-nanti siapakah pengendali baharu England selepas ini dan saya akan terus menyatakan hasrat untuk kekal bermain bersama England,” ujarnya.

Skuad England pulang awal daripada kempen Euro 2016 selepas tewas 2-1 kepada Iceland di Stadium Allianz Riviera dekat Nice pada peringkat 16, awal pagi semalam.

Mengulas mengenai persaraan Hodgson, Rooney mengakui sumbangan pengurus itu wajar dihargai kerana memberi peluang kepada pembangunan bola sepak England terus menyinar.

“Saya fikir dia sudah melakukan yang terbaik untuk pasukan ini dan kami tetap harus berterima kasih kepadanya,” kata Rooney lagi.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");