Sukan Hari Ini

Portugal bergantung kepada Ronaldo

LEGENDA dunia, Diego Maradona menyifatkan Portugal terlalu bergantung kepada bintang mereka, Cristiano Ronaldo dalam kempen Euro kali ini.

Malah, Maradona juga menyifatkan Portugal terlalu bernasib baik untuk layak ke peringkat kalah mati dan mereka perlu berterima kasih kepada kerja keras Ronaldo.

“Ronaldo sememangnya hebat bersama Portugal. Tetapi, jika tanpa Ronaldo, Portugal seperti kosong,” katanya.

Maradona juga meramalkan Croatia akan dapat menewaskan Portugal dalam saingan kalah mati awal pagi ini berdasarkan persembahan semasa dipamerkan kedua-dua pasukan.

“Croatia bermain dengan cerdik dan penuh taktikal, saya pasti mereka akan memastikan Ronaldo tidak akan dapat bola. Ronaldo mungkin harus mencari ruang dan peluang.

“Keupayaan Portugal untuk menang perlawanan itu adalah berdasarkan kemampuan Ronaldo secara keseluruhan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");