Panasnya Hari Ini

‘Saya Dijadikan Kambing Hitam’

KUALA LUMPUR : Bekas ahli PAS, Datuk Husam Musa mendakwa, beliau dijadikan kambing hitam untuk menutup kesalahan orang lain.

Dakwa ADUN Salor itu lagi, beliau juga adalah mangsa kepada akhlak buruk yang telah berkembang dalam segelintir pimpinan parti Islam itu.

“Ia termasuk Yang Arif Pengerusi Jawatankuasa Disiplin sendiri yang telah menganiayai saya dengan tuduhan bersifat fitnah menjelang Muktamar PAS yang lalu,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Dalam masa yang sama, beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau telah memburukkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, memfitnah kerajaan negeri Kelantan serta dituduh memberi gambaran negatif terhadap PAS.

“Pertuduhan yang dikenakan adalah sangat dangkal dan tidak menepati prinsip penyiasatan yang kemas.

“Saya juga tidak diberikan keadilan penghakiman dan perbicaraan seperti mana yang dituntut oleh Islam,”ujarnya.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan Abdul Hadi agar menilai isu yang timbul secara lebih mendalam untuk mengetahui perkara sebenar kerana beliau tidak pernah melakukan kesalahan mengikut perlembagaan parti itu mahupun dari segi Islam.

“Kepimpinan Abdul Hadi sejak akhir-akhir ini telah teruk tercalar. Saya tidak ingin menghuraikan sebab-sebabnya secara panjang lebar.

“Tetapi apa yang telah Presiden ucap dan tuliskan selama ini tidak sama dengan apa yang berlaku sekarang ini,”jelas Husam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");