Sukan Hari Ini

Sedia anjur Sukan Sea, APG serentak

MALAYSIA mampu menjadi tuan rumah bagi temasya Sukan Sea ke-29 dan Sukan Para Asean (APG) 2017 jika ia diadakan serentak, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, ini kerana, Malaysia sudah bersedia daripada pelbagai aspek termasuk kemudahan logistik, venue pertandingan, pemilihan jadual, pegawai teknikal dan kemudahan pengangkutan.

Bagaimanapun, Khairy yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukan Sea ke-29 (MASOC) berkata, keputusan berhubung penganjuran secara serentak dua acara terbesar di Asia Tenggara itu hanya dapat dimuktamadkan pada bulan depan.

“Kita masih lagi menunggu keputusan Persekutuan Sukan Sea dan Persekutuan Sukan Para Asean. Kita telah membentangkan pilihan Malaysia sebagai tuan rumah untuk menggabungkan kedua-dua temasya ini dengan dikenali sebagai Kuala Lumpur 2017.

“Kita harap dapat maklum balas positif daripada kedua-dua pihak,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama di antara MASOC dan Telekom Malaysia Berhada (TM) selaku Penaja Platinum Kuala Lumpur 2017, semalam.

Sementara itu, Khairy berkata, venue pertandingan bagi kedua-dua temasya itu, yang dijangka diadakan dari 19 hingga 31 Ogos, akan dimuktamadkan sebaik senarai akhir acara pertandingan diketahui.

Menurutnya, dari segi persediaan, venue pertandingan tidak mempunyai sebarang masalah.

“Saya telah maklumkan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bahawa mereka boleh umumkan senarai muktamad sukan dan acara yang akan dipertandingkan pada hujung minggu depan.

“Apabila senarai sukan telah diumumkan, kita boleh muktamadkan venue pertandingan yang di luar daripada venue sukan di sekitar Bukit Jalil,” katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");