Sukan Hari Ini

Tekanan dorong tingkat prestasi

Melaka: “Tekanan sememangnya ada, namun baik untuk saya. Malah saya suka tekanan kerana dapat mendorong memberikan yang terbaik,” kata pengendali Skuad Projek Sukan SEA 2017 Frank Bernhardt menjelang aksi bertemu pasuka Bawah 21 (B-21) Singapura dalam saingan Piala Negara-Negara di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Jelasnya, setiap pemain negara perlu miliki kekuatan mental bagi menyerap segala tekanan kerana baginya itu faktor utama yang membezakan antara pemenang dan mereka yang tewas.

“Saya tahu harapan peminat bola sepak amat tinggi terutama terhadap pasukan negara, tidak kira senior atau junior.

“Walaupun sasaran pasukan ini hanya untuk persediaan Sukan SEA tahun depan, kami tetap diberi perhatian sejak mula skuad ini dibentuk dari awal musim.

“Malah dalam aksi persahabatan menentang Filipina (B-22) dan Nepal kami menerima pelbagai tekanan untuk pastikan tidak kalah biarpun sekadar aksi persahabatan.

“Untuk kejohanan ini (Piala Negara-Negara) pula kami sekali lagi diberi perhatian besar lebih-lebih lagi sebagai tuan rumah.

“Bagaimanapun, saya anggap situasi ini cukup baik bagi mematangkan pasukan menjelang saingan sebenar tahun depan,” katanya semalam.

Bernhardt, 46, yang diberi tanggungjawab besar untuk memastikan ibu segala pingat dapat digenggam pada temasya Sukan SEA di Kuala Lumpur tahun depan, bakal diuji pasukan Singapura yang turut mengidam laluan ke final, dijadualkan berlangsung Ahad ini.

Beliau mengakui sudah memiliki gambaran kesebelasan utama yang akan dipertaruhkan dengan dua tonggak utama Dominic Tan serta penyerang Jafri Chew bakal membuat kemunculan pertama bersama pasukan itu.

“Saya sudah memiliki kesebelasan utama untuk perlawanan ini yang memudahkan membuat perancangan,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");