Berita Hari Ini

Telaga tiub kawal kebakaran hutan

BACHOK – Tujuh telaga tiub dibina di daerah Bachok terutamanya lokasi kritikal kebakaran hutan tanah gambut.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir Hamim Samuri berkata, setakat ini lima buah telaga tiub sudah beroperasi manakala dua lagi sedang dibina di sekitar Beris Lalang, Beoh, Kuar, Hujung Lidah, dan Gong Kuinin iaitu lokasi yang kerap berlaku kebakaran tanah gambut saban tahun.

Menurutnya, kos pembinaan setiap telaga tiub boleh mencecah RM80,000 bergantung saiz telaga tiub yang dibina melalui peruntukan yang disalurkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pelaksanaan oleh Jabatan Mineral dan Geosains.

“Telaga tiub ini bukan sahaja berperanan mengawal kebakaran tetapi juga untuk mengurangkan jerebu.

“Di seluruh negara terdapat 50 buah telaga tiub termasuk di Sarawak, Johor, Kelantan dan Pahang,” katanya ketika sidang media selepas melawat tapak telaga tiub di Beris Lalang kelmarin.

Hadir sama Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Kelantan, Mohd Nazan Awang, wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan serta pemimpin setempat.

Hamim berkata, kaedah itu terbukti berjaya menyelamatkan 4,428 hektar tanah gambut di Bachok selepas ia memusnahkan hampir 100 hektar hutan di kawasan tersebut.

Kebanyakan tanah gambut di Bachok diusahakan dengan tanaman nanas, kelapa sawit dan getah. Di seluruh Kelantan kebakaran hutan yang berlaku sejak Mac lalu melibatkan kawasan 760 hektar telah terbakar.

Namun, masih terkawal hasil kerja keras JPBM Kelantan yang berkampung di seluruh lokasi terlibat.

Selain itu di lokasi itu juga mempunyai beberapa parit jejari dan 16 sekatan air (check dam) untuk memudahkan saliran air bagi kerja memadam kebakaran di hutan tanah gambut.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");