Panasnya Hari Ini

UMNO Kini Dianggotai Ahli Rekrut

KUALA LUMPUR : Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin mendakwa UMNO pada hari ini dianggotai oleh ahli rekrut dan bukannya ahli sebenar parti itu.

Menerusi blognya, beliau berkata, ahli rekrut ini diheret masuk sehinggakan ada yang tidak tahu mereka sudah menjadi ahli UMNO di mana nama mereka didaftarkan oleh Ketua Cawangan dan yuran telah dibayar.

“Ramai orang Melayu menjadi ahli UMNO kerana talian sejarah. Bagi mereka UMNO adalah parti keturunan. Mereka tidak mengharapkan sesuatu daripadanya kerana menganggap UMNO adalah parti merdeka, parti pembela bangsa dan parti yang membawa pembangunan.

“Hari ini, ramai ahli UMNO adalah ahli rekrut. Ahli yang diheret masuk hinggakan ada yang tidak tahu pun yang mereka ahli UMNO.

“Bilangan ahli keturunan semakin hari semakin kecil. Secara literal, UMNO mati bersama kematian mereka,”ujarnya.

Dalam masa yang sama, A Kadir yang keluar daripada UMNO pada Jun tahun lalu menyarankan bagi sesiapa yang ingin keluar UMNO agar melakukan secara rasmi seperti yang dilakukan.

Ujarnya, faktor beliau mengundurkan diri daripada UMNo adalah kerana beliau tidak dapat lagi menerima kepimpinan UMNO yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya tidak dapat lagi menerima kepimpinan UMNO yang dikepalai Najib dan kalau saya kekal pun, saya akan menjadi duri dalam daging dengan kritikan-kritikan saya.

“Bagi saya, era UMNO sudah berlalu. Begitu juga PAS. Cara UMNO dan PAS mengepung dan mengandangkan orang Melayu-Islam dengan menggembar-gemburkan sentimen bangsa dan agama tidak boleh diterima lagi,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");