Sukan Hari Ini

Vivian, Khe Wei lakar kejutan

BEREGU wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei mencipta kejutan pada Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Indonesia apabila menumbangkan pilihan kedua Indonesia, Nitya Krishinda Maheswari-Greysia Polii untuk ke suku akhir, semalam.

Malah, pasangan yang menghuni ranking ke-20 dunia itu, mencipta kemenangan mudah 21-17, 21-19 dan seterusnya akan berdepan cabaran sama ada satu lagi pasangan tuan rumah, Anggia Shitta Awanda-Mahadwi Istirani Ni Ketut atau pilihan keenam, Jung Kyung Eun-Shin Seung Chan dari Korea Selatan.

“Memang tidak sangka menang, mungkin taktikal hari ini lebih baik,” kata Vivian.

Mengulas persediaan menghadapi saingan suku akhir, Vivian berharap mereka mengekalkan aksi konsisten untuk teruskan kemaraan.

“Saya rasa peluang kami (menang) 50-50 dan saya harap aksi terbaik,” katanya.

Sementara itu, beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong meneruskan langkah ke suku akhir selepas menewaskan rakan senegara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

V Shem-Wee Kiong hanya perlu 38 minit dengan menang straigt set 22-20, 22-20.

Beregu ranking ke-14 dunia itu dijadualkan menentang pasangan China, Chai Biao-Hong Wei atau Akhbar Bintang Cahyono-Angger Sudrajat dari Indonesia.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");