Membawang Hari Ini

Anis mengaku bercinta dengan Raja Afiq

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Anis Al Idrus, 28, mengesahkan dirinya kini menjalinkan hubungan cinta dengan bakat baharu, Raja Afiq.

Anis, yang menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini, berkata demikian ketika mengulas pengakuan bintang lelaki drama Sayangku Kapten Mukhriz itu mengenai perhubungan mereka kepada sebuah portal hiburan, baru-baru ini.

Penyanyi lagu ‘Mengapa’ yang sedang bercuti di Pulau Boracay, Filipina, itu turut berkata, tidak wujud istilah serik dalam kamus hidupnya untuk bercinta sesama golongan artis.

Sebelum ini, Anis pernah dikaitkan dengan bintang Darah Panas, Sharnaaz Ahmad. Beberapa bulan lalu, dia digosipkan pula dengan seorang lagi pelakon, Ungku Ismail.

Anis dan Raja Afiq mula rapat sekitar Ramadan lalu selepas sama-sama terbabit dalam beberapa acara anjuran TV3.

“Ya, dia kekasih saya. Serik atau tidak bercinta dengan artis itu bukan persoalan. Apa yang terjadi antara saya dan dia tidak dirancang. Kisah lama saya juga sudah terpadam dan tidak perlu diungkit lagi,” katanya menerusi kiriman aplikasi WhatsApp.

Menurut Anis, dia menyifatkan jejaka berusia 22 tahun itu sangat berbudi bahasa serta berpekerti mulia.

“Walaupun umurnya masih muda, namun perangai dan kelakuannya sangat matang,” kata pelakon Duda Terlajak Laris itu yang akan pulang ke ibu kota, malam ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/175642

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");