Sukan Hari Ini

Kemarau 12 tahun Shah berakhir

Kuching: Selepas 12 tahun ketandusan kilauan emas, Muhammad Shah Firdaus Shahrom akhirnya menceriakan kontinjen Johor apabila memenangi pingat emas menerusi acara 200 meter pecut berbasikal semalam.

Bukan saja berjaya menamatkan kemarau emas untuk Johor sejak temasya 2004 malah Shah Firdaus juga menjadi penyumbang emas pertama untuk kontinjen Johor kali ini.

Atlet kebangsaan berpangkalan di Melbourne, Australia itu menewaskan pelumba Selangor Mohamad Shariz Efendi Mohd Shahrin manakala rakan sepasukan Shariz, Muhammad Fadhil Mohd Zonis meraih gangsa.

“Ini detik yang saya tunggu-tunggu selepas Johor terpaksa menanti 12 tahun untuk meraih emas acara berbasikal.

“Di Perlis, saya tidak berada pada tahap terbaik kerana cedera tapi kali ini dapat mengubati kekecewaan itu,” katanya sambil menegaskan SUKMA kali ini penampilan terakhirnya.

Emas dimenangi semalam meningkatkan semangat Shah Firdaus untuk cuba sekali lagi meraih emas menerusi ujian masa 1km hari ini.

“Kemenangan ini bukan penamat bagi saya kerana esok (hari ini) saya akan sertai acara 1km dengan sasarannya emas juga,” katanya.

Sementara itu, pelumba kebangsaan dari Selangor Farina Shawati Mohd Adnan memenangi kategori wanita selepas menewaskan rakan sepasukan Nurul Alissa Mohmad Azman sambil Zulaikha Mat Yusof dari Terengganu, gangsa.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");