Isu Panas

Bersih gesa pemilih semak status pusat pengundian

PUTRAJAYA – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyeru orang ramai menyemak status pusat pengundian masing-masing di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengelak kekeliruan berhubung lokaliti pemilih.

Pengerusinya Maria Chin Abdullah berkata ini kerana proses pembetulan lokaliti pemilih yang dilakukan SPR sebelum ini mungkin menyebabkan lokaliti mereka telah dialihkan kawasan pengundian sama ada Dun dan Parlimen tanpa pengetahuan pengundi.

Beliau mendakwa kajian awal yang dilakukan pihaknya mendapati terdapat 118,774 pengundi telah dipindahkan Dun, yang mana lebih 40,000 daripadanya melibatkan pemindahan Parlimen walaupun alamat mereka tidak berubah.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum mengenai perkara itu kepada SPR di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini hari ini.

Memorandum, antara lain menuntut SPR memperjelaskan sebab-sebab pembetulan lokaliti untuk setiap lokaliti yang dilakukan itu, diterima Pegawai Perhubungan Awam SPR Mohd Sabri Abdullah.

SPR sebelum ini mengeluarkan buku bertajuk ‘Fakta Sebenar Di sebalik Dakwaan dan Fitnah Terhadap SPR’ bagi menjawab 12 dakwaan pihak tertentu, antaranya berkenaan pembetulan lokaliti.

Penjelasan itu menyebut, SPR perlu memperbetulkan beberapa lokaliti pemilih selepas menyedari kedudukan beberapa lokaliti yang tersalah letak di dalam bahagian pilihan raya hanya selepas penggunaan Sistem EGIS (Sistem Maklumat Geografi Pemilih) pada 2004.

–Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");