Berita Hari Ini

Duet ‘sporting’ memukau

Pekan: Duet Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bersama artis, Ameng Spring memukau 50,000 pengunjung yang hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2016 Parlimen Pekan di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini, semalam.

Baginda yang kelihatan ‘sporting’ bersama Ameng mendendangkan lagu popular nyanyian asal kumpulan Spring, Butakah Cinta membuatkan hadirin tidak berganjak untuk menyaksikan persembahan itu.

Sebelum itu, Tengku Abdullah memotong pulut kuning sempena hari keputeraan baginda ke-57.

Majlis diserikan dengan keberangkatan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda baginda.

Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA negeri yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan Datuk Abu Bakar Harun serta EXCO kerajaan negeri.

Rumah terbuka bermula jam 10.30 pagi dan berakhir jam 2.30 petang itu menyaksikan orang ramai daripada pelbagai kaum menikmati pelbagai juadah di 165 gerai makanan juga minuman.

Pada majlis itu, Najib menyampaikan sumbangan kepada 100 bakal jemaah haji Parlimen Pekan dan juga memberi duit raya kepada kanak-kanak.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");