Sukan Hari Ini

Hafiz kembali berlatih

Kuala Lumpur: Mohd Hafiz Nor Azman gembira apabila disahkan pulih daripada kecederaan dan dibenarkan kembali ke litar bagi menghadapi saingan Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Teluk Intan, Perak pada 30 dan 31 Julai ini.

Pelumba Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing itu mengalami kecederaan pergelangan tangan kiri selepas mengalami kemalangan sewaktu beraksi dalam saingan Asia Dream Endurance Race di Litar Suzuka bulan lalu.

“Sangat menyedihkan kerana akibat kemalangan itu, saya dan rakan sepasukan, Hiroki Nakamura terpaksa menarik diri sedangkan kami berpeluang menang,” jelas Hafiz.

Kemalangan itu juga menyaksikan Hafiz terpaksa menjalani pembedahan kecil di Malaysia.

“Sebaik pulang ke Malaysia, saya menjalani pembedahan kecil dan juga melakukan terapi intensif sepanjang Ramadan. Selain itu saya juga sudah menjalani latihan di litar baharu ini.

“Saya percaya kecederaan ini sudah pulih sepenuhnya dan doktor juga akan memberi pelepasan untuk saya berlumba. Meskipun agak kecewa di Suzuka, mujur kecederaan ini tidak menjejaskan kempen saya di peringkat kebangsaan.”

Selepas empat pusingan, pelumba berusia 20 tahun itu terikat kedudukan kelima keseluruhan bersama Md Adib Rosley dari Motul Zeneos Yamaha YY Pang dengan 38 mata, 40 mata ketinggalan kepada pendahulu, Ahmad Fazli Sham.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");