Sukan Hari Ini

Ismail puji aksi tonggak import

PENGENDALI Kuala Lumpur, Ismail Zakaria memuji persembahan dua pemain importnya yang membantu The Hawks menang 2-0 ke atas Pahang dalam aksi Kumpulan B, Piala Malaysia di Stadium Selayang, kelmarin.

Skuad ibu kota menjaringkan gol menerusi Leonardo Moreira pada minit ke-10 diikuti Jonathan Zorrila pada minit ke-53.

Menurut Ismail, Moreira dan Zorrila cemerlang menjalankan tanggungjawab diberikan dengan sumbangan gol buat Kuala Lumpur dalam perlawanan tersebut.

Selain gembira dengan sumbangan diberikan dua penyerang import itu, Ismail turut memuji pemain tempatan yang diturunkan dalam aksi tersebut.

“Saya gembira melihat kombinasi Moreira dan Zorrila, mereka mengikut apa yang saya mahukan, iaitu tempo laju dengan satu sentuhan.

“Pergerakan sangat bagus dan berjaya cipta banyak peluang serta memberi tekanan kepada lawan. Saya mahu ia diteruskan kerana ini baru permulaan,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail berharap kemenangan ini dapat menaikkan semangat skuad berkenaan untuk beraksi lebih baik dalam perlawanan seterusnya.

“Saya harap kami dapat kekalkan momentum ini bagi bolehkan kita layak sekurang-kurangnya ke suku akhir.

“Walaupun peluang semua pasukan seimbang, tapi saya yakin Kuala Lumpur mampu jadi pencabar,” katanya lagi.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");