Sukan Hari Ini

Kecoh penginapan Olimpik tak selamat

Rio de Janeiro: Pembukaan rasmi Perkampungan Olimpik bertukar menjadi kecoh semalam dengan penemuan tandas tersumbat dan paip bocor, menyebabkan kontinjen menyifatkan kemudahan itu tidak selamat atau sedia digunakan.

Malah atlet Brazil yang sepatutnya mula menginap di kompleks baru itu sejak semalam diminta tinggal di hotel.

Delegasi Britain juga mengakui berdepan beberapa ‘kesulitan penyelenggaraan’ namun memutuskan akan berada di perkampungan itu seperti dirancang.

Penganjur Sukan Olimpik Rio berkata masalah yang baru timbul itu dihadapi mana-mana Sukan Olimpik. Mereka berjanji akan mengambil langkah bagi mengatasi masalah itu.

Sukan Olimpik yang kali pertama diadakan di Amerika Selatan akan bermula 5 Ogos ini, kurang dua minggu lagi.

Kurangnya persediaan di Perkampungan Olimpik satu lagi tamparan memalukan buat tuan rumah Brazil yang bergelut untuk membuktikan segala-galanya berjalan lancar.

Delegasi Australia mendedahkan keadaan yang teruk di perkampungan itu, kompleks 31 tingkat yang terletak di daerah Barra da Tijuca di barat Rio de Janeiro yang direka untuk menempatkan lebih daripada 18,000 atlet dan jurulatih dalam beberapa minggu berikutnya.

“Masalah termasuk tandas tersumbat, paip bocor, pendawaian terdedah, laluan gelap di mana tiada lampu dipasang dan lantai kotor yang perlu dibersihkan sepenuhnya,” kata seorang ketua kontinjen Australia Kitty Chiller. -AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");