Panasnya Hari Ini

Laporan DOJ: Tiada Pimpinan Pemuda Berhasrat Keluar BN

KUALA LUMPUR:Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan bahawa tiada pimpinan Pemuda yang menyatakan hasrat untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) susulan pendedahan laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berhubung 1MDB.

Memetik sumber Astro Awani beliau turut menyatakan keyakinan bahawa semua pimpinan Pemuda memahami proses kehakiman berkenaan.

“Tidak ada setakat dalam pimpinan Pemuda Negeri, Bahagian yang telah menyatakan keinginan untuk keluar parti susulan isu ini disebabkan semua memahami bahawa proses kehakiman ini perlulah diadakan supaya kita dapat tengok kesahihan tuduhan tersebut kerana tidak ada apa yang dibuktikan setakat ini,” katanya.

Jelas Khairy Jamaluddin, keputusan siasatan DOJ adalah berdasarkan kes sivil dan perlu dibawa ke mahkamah malah dakwaan kebenaran laporan terhadap 1MDB belum dapat dibuktikan.

“Kita harap supaya proses mahkamah ini dapat dijalankan supaya kita dapat kepastian berkenaan tuduhan yang dibuat, tidak ada apa-apa yang telah dibuktikan buat masa ini. Buat masa ini hanya tuduhan dibuat hasil siasatan. Perkara ini perlu dibawa ke mahkamah,” tegas beliau.

Pemuda UMNO menyatakan pendirian perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar mereka yang dikenal pasti dalam laporan DOJ berkenaan perlu bertanggungjawab membela diri.

“Mereka mesti bertanggungjawab agar tidak ada lagi spekulasi selepas berlaku perbicaraan di mahkamah,” tambah Khairy Jamaluddin.

Malah beliau turut menggesa agensi penguatkuasaan tempatan membuat siasatan sekiranya berlaku penyelewengan yang dikaitkan dengan jenayah.

“Ini akan dapat dibuat sekiranya maklumat itu dapat diberikan kepada agensi kita dan itu dapat dibuat jika didapati dalam kes sivil itu bahawa aset-aset yang dimaksudkan dalam laporan tersebut diperolehi dengan cara yang tidak sah,” tegasnya.

Justeru, beliau berharap semua pihak tidak membuat sebarang andaian sebelum dakwaan terhadap 1MDB.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");