Jenayah

Lelaki tendang wanita ditahan polis

KUALA LUMPUR: Lelaki yang dikatakan sengaja menendang seorang wanita di laluan pejalan kaki Stesen LRT Bandaraya ke Stesen Komuter Bank Negara Malaysia (BNM) seperti tersebar di media sosial, ditahan polis malam tadi.

Suspek berusia 23 tahun itu ditahan di kediamannya di Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh di sini, kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, berkata siasatan mendapati suspek pernah ditangkap pada tahun 2013 kerana membawa parang ke dalam BNM.

“Kita sedang mengenal pasti sama ada suspek mempunyai masalah mental atau sebaliknya.

“Melihat aksinya dalam rakaman yang menendang dan menyerang orang tanpa sebab itu, kita tidak menolak kemungkinan dia mempunyai masalah mental.

“Siasatan mendapati dia tidak mengenali atau mempunyai kaitan dengan mangsa,” katanya kepada BH, hari ini.

Rusdi berkata, suspek akan direman hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Semalam, rakaman video menunjukkan seorang lelaki mengekori beberapa pejalan kaki sebelum menendang belakang badan seorang wanita sehingga tersungkur, tersebar luas di media sosial.

Video berdurasi 35 saat yang dikongsi di laman Facebook itu ditonton sebanyak 1.1 juta kali dan dikongsi lebih 20,000 pengguna.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/170600?m=1

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");