Jenayah

Lori tanah ingkar syarat, enam kena sita

KUALA LUMPUR – Enam lori tanah disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hasil pemeriksaan menerusi Ops Bersih 20/2016 bersepadu di dua lebuh raya di ibu negara.

Lokasi terlibat ialah Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan Lebuhraya Hubungan Timur Barat.

Ketua Operasi, Ketua Inspektor Penguatkuasa, Afzal Nizan berkata, kompaun serta merta sejumlah RM6,000 dikenakan.

“Sejumlah 38 notis dikeluarkan atas kesalahan meliputi tiada permit laluan DBKL, permit SPAD tamat tempoh, badan lori kotor dan gagal mengambil langkah keselamatan ke atas lori.

“Semua tindakan itu diambil di bawah Undang-undang Kecil (UKK) Pengangkutan Bahan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1997,” katanya.

Afzal berkata, operasi sama akan diteruskan bagi mengawal aktiviti lori tanah yang beroperasi secara haram.

“Beberapa kawasan dikenal pasti menjadi laluan lori yang beroperasi ini, jadi tindakan penguatkuasaan akan diperhebatkan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");