Sukan Hari Ini

Mercedes akur

Silverstone, England: Mercedes memutuskan tidak akan merayu terhadap penalti 10 saat berikutan perbualan radio Nico Rosberg (gambar) pada Grand Prix Britain, menurut juara dunia Formula Satu itu semalam.

Rosberg menduduki tempat kedua di belakang rakan sepasukan Lewis Hamilton di Silverstone, namun pemandu Jerman itu diturunkan ke tangga ketiga apabila pasukan itu didapati bersalah melanggar peraturan ketat berhubung arahan radio kepada pemandu.

Pada pusingan ke-47, Rosberg melaporkan kepada mekaniknya mengenai masalah kotak gear, dengan pasukan memberitahu antaranya: “Elak gear ketujuh.”

Badan induk sukan itu Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIA) berkata biarpun beberapa arahan daripada Mercedes dibenarkan, ada yang dilarang.

Mercedes menghantar ‘notis dengan niat membuat rayuan’ namun mereka menariknya semalam, menjelaskannya dalam kenyataan di laman web mereka: “Kami sedia membuktikan kepada pegawai pertandingan bahawa kegagalan kotak gear yang mampu menghentikan kereta tidak dapat dielakkan dan ia dibenarkan dalam undang-undang untuk membenarkan Nico mengubah mode pemanduan.

“Nasihat untuk mengelak gear ketujuh dianggap melanggar peraturan.

“Pasukan menerima alasan pegawai berhubung peraturan itu, keputusan mereka dan penalti yang dikenakan.

“Sepanjang beberapa minggu selepas ini kami akan meneruskan perbincangan dengan pemegang saham F1 relevan mengenai subjek berkaitan peraturan sukan ini.”-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");